introduction

My photo
tempat menulis bukan melukis

Saturday, March 12, 2011

tidak


setting
background : hujan gerimis
masa : selepas maghrib
tempat : pasar malam
mood : penat overnight


scene 1

aku keluar dari kereta
bincang dgn ibu nak beli apa dekat pasar malam
tak jauh, berapa langkah je tepi sana
tgn cuba menghalang air dr kena kepala
takut-takut nnt demam
ibu pulak jalan selamba
tak kesah pulak dia kalau demam nnt
"hujan dari semalam ni" katanya


scene 2

masih tak terfikir nak beli apa
tak seberapa lapar sbnr ye
cuma nk kenyangkan hati yg dah lama tak ke pasar malam
sunway ada ke pasar malam? -.-
selangkah demi selangkah aku maju
lopak air dipijak dgn kasut aku yg tak seberapa lawa
ada kala aku elak
besar sgt lopak dia


scene 3

kelihatan payung dimana-mana
bukan payung kepala
payung pasar malam la *haha
tak berapa ramai org nmpk ye
mungkin sbb hujan yg tak berhenti ni
petai : "seikat rm3"
mahalnya -.-


konflik

seorang perempuan
bawah umur nampaknya
15 tahun mungkin
sempurna lihatnya
duduk di jalan basah
pelik berputik
kenapa?
siapa?


klimaks

aku makin dekat
aku lihat
hati tiba-tiba tersekat
ada cawan di depannya
penuh dgn wang ringgit malaysia
pengemis rupanya
YA ALLAH
kau sgt sempurna rupa paras, bagaimana kau boleh ddk meminta begini?
MASYALLAH
dimana tapak tangannya? dimana tapak kakinya?
NAU'ZUBILLAH
hilang, jelas kelihatan, ini bukan kecacatan azali, dia mangsa manusia rakus


manusia rakus
aku hampir mengalir air mata
manusia rakus